Friday, June 19, 2009

Picnic kami di sungai Congkak.


Semalam(Khamis/18.06.09), aku, aqil, zul, lad n aidil gi picnic ke Sg congkak, sje2 nk jln2 sblm msng2 nk blaja kn. Da boring kuar tmpt2 mewah, da bosan men boling, da bosan men ice-skating, kali nih gi tmpt2 mesra alam lak..haha. Tuka angin. So, dlm kol 10.50 kitorg btolak ke Sg congkak naek Myvi ak yg kecik, hahhahaa. Mule2 gi Sg Gabai, lpas smpe sne, survey2 tmpt, cm x bez jer, tuka gi sg congkak lak. Maleh nk cte pnjg2, bia gmbar2 dibawah mnceritakan ape yg brlaku. Overall, ak bg 5-star picnic kami..lg bez drpd gi tmpt2 hi-standard cm pavilion, mid valley, TS, Mines, walopn lg murah~~hahahaa.

(ketibaan di Sungai Congkak, aidil amek gamba)

(Baru msuk sungai, kepale x basah lg. Sumpah sejuk gle!!!hahhaha..)

(Sume brlumba spe dpt tgkap ikan, hahaha..last2 sekor pon x dpt)(Zul mmbakar ayam yg dy bawak)

(Gmba blurr..ni sume sbb zul amek gmba!hahahha..)

(lad bakar lamb aku, gne set bbq Aqil, gile bez aqil pnye, lgkap!!hehehe,,)






















(Gmbar mknn2 sblm dilahap oleh kami yg mmpunyai 4-chamber stomach, hahahhaa..)

( Gmbar selepas dilahap oleh kami..hahhahhaa..)




(Lpas makan mandi balek, x puas lagi..hahhahaa)

(Berangkat pulang.....sumpah ngntuk gle dowh!hahhaha..)


bez wooooooooooooooooooo..!!!!!!!!!
so, pesanan kpd azim, anas, bang yen, faiz yusof, muhammad,hafiz, syafiq kacang, n baihaqi,maka berdengkilah kalian melihat gmba kt atas! Spe soh tolak ajakan ak! hahahhahaa..(tolak ke x bole pgi, hehe~) Kalo korg nk thu, idea neh hasil ak n azim, tgok2 dy lak x bole.ape da...~~haha.

then pesanan gak kpd dak2 utp(arep, tuff, rasyid) sian korg kne tipu ngn roy pasal picnic neh~~hahahhaa.

Saturday, June 13, 2009

Fathi Yakan:Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Ketua Pergerakan Islam Lubnan, Dr. Fathi Yakan telah pulang ke rahmatullah pada pagi Sabtu semalam selepas menghadapi masalah kesihatan yang serius sejak malam Jumaat beberapa hari lepas. Beliau adalah seorang tokoh pergerakan Islam yang tidak asing lagi samada dari kalangan Sunni mahupun Syi’ah. Beliau dilahirkan di Utara Lubnan pada 9 Febuari 1933 dan mendapat Ijazah kedoktoran (Ph.D) di dalam bidang pengajian Islam serta Bahasa Arab. Dr. Fathi Yakan telah melibatkan diri di dalam gerakan Islam sejak tahun 1962. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Jama’ah Islam Lubnan dari tahun 1962 sehingga tahun 1992. (link)

Dr. Fathi Yakan telah berkahwin dengan Puan Mona Haddad dan mempunyai 4 orang anak perempuan serta seorang anak lelaki. Jasa beliau terhadap gerakan Islam amatlah besar khususnya di dalam menyatukan kembali umat Islam khusunya di kalangan Mazhab Sunni dan Syi’ah . Walaupun beliay dari kalagan tokoh Islam Sunni, namun beliau menyokong sepenuhnya pihak Hizbullah serta mengiktiraf perjuangan mereka di dalam mempertahankan maruah umat Islam, (video). Pengarang buku ‘Apa Erti Saya Menganut Agama Islam' ini mengarang lebih dari 35 buah buku dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan permata yang bernilai di dalam dunia gerakan Islam. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya, Al-Fatihah.


Wednesday, June 10, 2009

Pengangguran:Siapa bersalah?

Nak cite satu masalah besar masyarakat kite hari ini, PENGANGGURAN.

Kisah ini mengenai syarikat abah saya. Baru-baru ini, abahku memerlukan seorang Residential Engineer(RE). Kerja RE ini adalah wakil engineer di tapak kerja(dipanggil site). Kerja RE ini berbeza dengan Design Engineer(DE), DE bekerja di pejabat yang selesa, tidak bising, ade air-cond dan dsb yg selesa2. RE kerja di tengah2 panas, penuh dgn habuk, bising dengan brbagai2 bunyi. Senang cite, RE kerja x selesa, DE kerja selesa.

So, untuk mencari seorang RE, abahku pun bukaklah tawaran mana2 engineer yang mahu mendapatkan kerja. Lalu, dalam 1-2 minggu ni ade la 3 orang engineer datang untuk ditemubual, mahu mendapatkan kerja sebagai engineer.
Tapi, malangnya, ketiga-tiga tidak memuaskan hati abahku. Alasannya. "Saya mahu bekerja sebagai DE, saya tidak mahu RE. " Walaupun tidak dinyatakan sebabnya, terdapat unsur2 memilih+cerewet dalam diri diorang ini. Orang nak bagi kerja, memilih la pulak.

So, "Pengangguran:Siapa bersalah?".. Peluang kerja itu ada, tetapi yang mahu kerja tu memilih+cerewet la pulak.
Jadi, betullah kata orang sifat memilih dalam kalangan masyarakat hari ini merupakan antara faktor pengangguran kan.