Saturday, June 13, 2009

Fathi Yakan:Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Ketua Pergerakan Islam Lubnan, Dr. Fathi Yakan telah pulang ke rahmatullah pada pagi Sabtu semalam selepas menghadapi masalah kesihatan yang serius sejak malam Jumaat beberapa hari lepas. Beliau adalah seorang tokoh pergerakan Islam yang tidak asing lagi samada dari kalangan Sunni mahupun Syi’ah. Beliau dilahirkan di Utara Lubnan pada 9 Febuari 1933 dan mendapat Ijazah kedoktoran (Ph.D) di dalam bidang pengajian Islam serta Bahasa Arab. Dr. Fathi Yakan telah melibatkan diri di dalam gerakan Islam sejak tahun 1962. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Jama’ah Islam Lubnan dari tahun 1962 sehingga tahun 1992. (link)

Dr. Fathi Yakan telah berkahwin dengan Puan Mona Haddad dan mempunyai 4 orang anak perempuan serta seorang anak lelaki. Jasa beliau terhadap gerakan Islam amatlah besar khususnya di dalam menyatukan kembali umat Islam khusunya di kalangan Mazhab Sunni dan Syi’ah . Walaupun beliay dari kalagan tokoh Islam Sunni, namun beliau menyokong sepenuhnya pihak Hizbullah serta mengiktiraf perjuangan mereka di dalam mempertahankan maruah umat Islam, (video). Pengarang buku ‘Apa Erti Saya Menganut Agama Islam' ini mengarang lebih dari 35 buah buku dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan permata yang bernilai di dalam dunia gerakan Islam. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya, Al-Fatihah.


No comments: