Saturday, February 21, 2009

Peranan Azan Tidak Dihayati..

Jam 6.45 p.m. saya pulang ke rumah dgn abah dari Bdr Baru Bangi, pulang dr hal yang sangat penting. Kemudian terasa perut sangat lapar, jadi saya ajaklah abah ke kedai utk membeli sedikit makanan utk 'dinner'. Ketika tiba di satu gerai ini, jam menunjukkan pukul 7.20, lagi beberapa minit lagi azan maghrib akan berkumandang,"alamatnya solat lewat hari ni, order lmbt lagi nk siap ni, balik nnt pulak mahu mandi, makan..", detik hati.

Jadi saya pun order la nasi goreng satu, yee mee satu( order utk adik sekali). Sebelah tempat saya duduk terdapat radio dengan lagu yang mengarut. Kejap rock, kejap jiwang, kejap deejay merapu-rapu, entah radio mana x tahu laa.. Bukak pula dgn volume yg kuat, bengang membara. Tambah pula di situ trdpt ramai org2 muda tgh lepak, b'gosip entah apa, bising bukan main dgn gelak-ketawa yang membingitkan. Memang tidak tenang, malah resah di situ.

Selang beberapa minit selepas itu, suara azan berkumandang drpd radio itu. "Alhamdulillah, mungkin dgn azan ini depa senyap sikit kot", detik hati. Tiba2 dtg seorang lelaki ke arah radio tu, kemudian dia perlahankan volume, sampai saya yg duduk dgn speaker radio tu pun x berapa jelas. Sementara tggu order saya siap, saya berfikir sejenak ttg tindakan pemuda itu. Nak sangka baik ke, sangka buruk..

Jadi saya cuba nak sangka baik terlebih dahulu. Apa yang saya dapat simpulkan, mungkin pemuda itu mahu menjaga hati orang yang bukan Islam di situ. Tapi, saya tengok2 sekeliling, x ada pun yang non-muslim, dan kalau ada yg non-muslim pon mslh ke?? So, sbb ini tidak relevan. Kemudian, mungkin juga suka buka radio dgn volume rendah. Tapi, td semasa lagu2 td buka volume kuat jer.. So, x relevan juga. Penat juga perah otak tadi..

Setelah lama berusaha utk sangka baik, saya tidak tahan lalu beralih pula kpd sangka buruk. Kesimpulannya, 1st mungkin pemuda itu x nak depa punya gossip tadi terganggu dgn azan tersebut, kalau azan x boleh la nk gelak kuat-kuat, nnt org ckp ape pula. 2nd, mungkin diorg tidak mahu rasa bersalah dgn azan tersebut. Diorg tahu diorg sepatutnya pergi solat secepat yg mungkin kalau dh azan, tp diorg x nak sbb nk sambung gosip2, jd dgn mmperlahankan azan, hilanglah rasa bersalah tu walaupun mereka masih bersalah. 3rd, mungkin diorg x mahu ade org ckp kpd mereka ," we.. dh azan dh tu, jom la gi masjid, solat maghrib." Sbb kalau trdpt org yang ckp kpd mereka sebegitu, sudah tentu malu, hilang la macho. Dan mungkin.... aaah, bnyk lg.

Selepas itu, saya perhatikan lagi mereka. Malang sekali kebanyakan drpd point yg saya sangka buruk tu berlaku. Diorg dgn tanpa rasa malu, gelak-ketawa sekuat-kuatnya walaupun azan masih berkumandang. Walaupun saya bersalah krn sangka buruk waktu itu, tetapi itulah realiti.

p/s: saya solat lewat sedikit hari ini bukan dgn sengaja yer...~

No comments: