Saturday, February 21, 2009

Sistem Demokrasi @ Raja Berkuasa Mutlak?

Isu di Perak telah membuatkan rakyat Malaysia amat keliru terhadap sistem pentadbiran yang digunakan di Malaysia. Kita di Malaysia mengamalkan demokrasi atau tidak? Kita laksanakan atau tidak sistem raja berpelembagaan? Atau kita sudah kembali ke zaman feudal di mana raja berkuasa mutlak?? Persoalan seperti ini acap kali timbul dalam minda rakyat Malaysia.

Masakan tidak, pertama kita lihat rampasan kuasa yang di buat oleh kerajaan kepala biru di Perak. Disebabkan 2 exco lompat parti dan seorang exco yang sewel, kerajaan kepala biru telah mengatakan mereka mempunyai majoriti dan lantas mengambil alih kerajaan dgn melantik Menteri Besar baru, dan melucutkan jawatan menteri besar lama, YB Ir Nizar dgn perkenan sultan Perak. Sedangkan dalam perlembagaan jawatan Menteri Besar hanya boleh dilucutkan dgn 3 cara ; (1) Menteri Besar sendiri yang meletak jawatan , atau (2) terdapat undi tidak percaya dalam kalangan exco kerajaan negeri,atau (3)dgn cara pembubaran DUN. Tetapi apa yang berlaku, kerajaan kepala biru seperti menggunakan sistem raja berkuasa mutlak. Meminta sultan supaya memperkenankan kerajaan baru di Perak, sedangkan sultan tidak boleh mencampuri urusan politik negeri kerana tiada dalam peruntukan kuasa kpd sultan. Jika benarlah PR tiada sokongan rakyat, bubarlah DUN dan laksanakanlah p/raya seluruh negeri Perak, kerana cara inilah yang paling berdemokrasi.

Kemudian baru-baru ini, speaker dewan Perak, V. Sivakumar telah menggunakan kuasanya dengan menggantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan. Peruntukan kuasa ini memang ada pada speaker kerana bidang kuasa inilah yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepala biru 50 tahun dahulu, kini memakan diri mereka semula. Apa reaksi kerajaan kepala biru sekarang?? Tentulah mereka menggunakan alasan raja berkuasa mutlak semula. Mereka merujuk kepada sultan dengan mengatakan bahawa sultan mempunyai kuasa untuk memanggil DUN utk bersidang. Apakah sultan ada kuasa sebegitu? Kalau sultan berkuasa mutlak adalah.. Tapi kita raja berpelembagaan, demokrasi, sultan tidaklah memiliki kuasa sebegitu luas.

Itulah yang terjadi di negeri jiran sebelah utara Selangor. Kerajaan kepala biru menggunakan segala teknik yang mereka ada untuk mengambil alih kerajaan. Kini mereka melihat rakyat sangat fanatik kepada raja, lantas mereka kembali kepada sistem raja berkuasa mutlak. Mereka tahu jika apa yang mereka lakukan atas nama sultan rakyat akan terima, walaupun atas realitinya sultan tidak mempunyai peruntukan kuasa seperti yang digembar-gemburkan kerajaan kepala biru.

Persoalan yang masih tidak terjawab.. Adakah Malaysia negara demokrasi dan raja berlembagaan? Ataupun sebuah negara yang mengundur ke zaman feudal, iaitu sistem raja berkuasa mutlak?

Renungilah ayat al-Quran ini , "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan penipuan (kaadhiba) terhadap Allah, tidak akan berjaya"(Yunus:69)

" ..Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas Tipu Daya." ( Al-Anfaal:30)

No comments: