Wednesday, February 25, 2009

Merungkai Teori Evolusi dengan ilmu Fizik.


Teori Evolusi yang dipelopori oleh Charles Darwin telah mengemukakan satu teori tentang asal-usul kesemua organisma di muka bumi, iaitu berasal daripada sel amoeba, dan berevolusi menjadi organisma2 lain. Melalui teori ini, konsep yang menjadi asas terhadap teori beliau ialah teori kebetulan, iaitu kesemua yang terjadi adalah kebetulan semata-mata, tanpa perancangan sang pencipta.

Oleh itu, saya teringin hendak menggunakan ilmu saya yang tidak setinggi mana ini untuk mengajak semua berfikir betapa tidak rasionalnya teori berasaskan kebetulan ini. Tertarik saya untuk menggunakan konsep fizik untuk merungkai teori ini, kerana fizik merupakan m/pelajaran 'feveret' saya di waktu persekolahan dahulu(dh lme ke tggal skola??hehe).

Fizik merupakan satu bidang untuk mengkaji fenomena2 alam yang berlaku(tidak termasuk dalam hal2 organisma) daripada sekecil2 perkara iaitu di peringkat atom, elektron, proton, nukleus dan sebagainya.. sehingga kepada sebesar-besar perkara iaitu di peringkat alam semesta. Dalam fizik tidak kering dangan formula2 yang digunakan untuk mengaitkan elemen2 yang ada dalam alam ini. Jadi, soalan saya, mungkinkah satu dunia yang terhasil dengan kebetulan memiliki formula untuk menghubungkaitkan elemen2 di dunia ini? Seharusnya satu dunia yang semuanya terjadi dengan kebetulan tidak memilki formula2 yang tetap, yang masih kekal dari dahulu sehingga sekarang, yang boleh digunakan di semua tempat. Untuk lebih jelas, saya bagi contoh. Contohnya 2nd newton's law mengatakan F=ma. Formula ini mengatakan bahawa Force is directly proportional to mass. Makin besar mass, makin besar force yang terhasil. Maka, di semua tempat, di setiap masa, dalam semua keadaan, makin besar mass makin besar force yang terhasil. Tetapi, jika betullah dunia ini tercipta dengan kebetulan, semestinya formula ini tidak wujud. Boleh jadi di bumi formula ini boleh dipakai tetapi di angkasa tidak boleh dipakai, boleh jadi 100 tahun dahulu formula ini boleh dipakai, tetapi 100 tahun akan datang sudah tidak boleh di pakai, sbb semuanya kebetulan. Kebetulan 100 tahun dahulu kaitan antara force, mass dan accl. adalah F=ma, tetapi 100 tahun akan datang kebetulan pula formula sudah bertukar kepada F=m/a, lama2 jika sudah berevolusi, kebetulan pula formulanya berubah lagi kepada F=ma^2. Tetapi amatlah malang bg Darwin, formula tersebut kekal hingga sekarang, tidak pernah berevolusi dan tidak nampak formulanya berbeza ketika 100 juta tahun dahulu.

Sekarang ini, perkembangan terbaru dalam bidang fizik ialah untuk mengakaji hubungkait antara 4 elemen asas alam semesta iaitu, elemen graviti, elemen elektromagnetik, dan 2 elemen nuklear yang terdiri daripada nuklear kuat dan nuklear lemah(strong nuclear force/weak nuclear force). Para sainstis fizik moden tengah mencari dan mengkaji formula yang boleh menghubungkaitkan keempat-empat elemen asas ini. Teori ini mereka namakan "The Theory Of Everything". Jika formula ini berjaya ditemui, dan saya yakin pasti ditemui, pasti bertambah derita teori evolusi yang berasaskan kebetulan.

Kesimpulannya, tidak mungkin satu alam yang terbentuk secara kebetulan tanpa sang pencipta iaitu Allah, untuk memiliki terlalu banyak kaitan antara elemen2 yang terdapat dalam alam ini. Malah saya yakin masih banyak lagi hubungkait antara elemen2 yang ada di dunia ini belum ditemui. Oleh itu, idea alam ini terbentuk secara kebetulan sangatlah tidak rasional dan tidak boleh diterima akal fikiran yang waras. Dengan kata lain, Charles Darwin ini seorang saintis yang tidak waras, ataupun sengaja tidak mewaraskan diri untuk merosakkan pemikiran manusia lain.

2 comments:

Annas Alias said...

emm aku org 1st comment ke?? papepun, aku setuju sgt2 ngn kau. satu gi aku nk ckp, kau rasa bebudak x baca sgt mende2 ilmiah ni, setuju x? setuju kan, kan?? seriusnye, mmg betul lah ape ko ckp, aku x pnah lak t'fikir spl mende ni. hujah yg kuat. bgs2

Saifullah [SwordOfAllah] said...

dear annas!
iya3! U r da only one who have posted comment!
sdey gakk~ haha..
Ak stuju ngn ko gak, rame xnk bce ilmiah2 nih..
nseb baek la ade ko yg suke bce bnde2 cmnih..
thanx ANNAS GENIUS!!~