Thursday, February 19, 2009

Revolusi untuk mendirikan negara Islam?

Dunia telah mempamerkan banyak revolusi telah berlaku dalam menjatuhkan sesuatu kerajaan. Revolusi kebiasaannya membabitkan peperangan, pembunuhan, konspirasi dan kebangkitan satu2 pihak. Di sini saya tertarik untuk berkongsi tentang sejarah penubuhan negara Islam Iran melalui revolusi Islam Iran 1979. Sejarah ini sangat asing bg kita walaupun ia merupakan sejarah dunia dan tambahan pula ia merupakan sejarah Islam, kerana revolusi itu membabitkan mazhab Syiah. Walaubagaimanapun, terdapat terlalu banyak manfaat yang perlu diambil drpd sejarah tersebut, lagi2 sbg seorang muslim.

Revolusi Islam Iran dikenali sebagai revolusi ketiga terbesar dunia selepas revolusi Peranchis pada tahun 1789–1799 dan revolusi Bolshevik pada tahun 1917. Revolusi ini adalah merupakan satu revolusi bg menjatuhkan kerajaan Syah Reza Pahlavi (dikenali sbg Syah Iran) yang mentadbir negara Iran dengan sistem monarki, dan menukarnya kepada sistem republik Islam. Syah Iran telah melaksanakan dasar "westernisasi" dalam segenap aspek seperti dalam aspek ketenteraan dan sebagainya. Syah Iran juga merupakan seorang raja boneka barat kerana mengikut segala telunjuk pihak barat khusunya AS.

Revolusi 1799 ini dilaksanakan dalam 2 fasa. 1st, pada thn 1977-1979 yang dipelopori golongan liberal, golongan haluan kiri dan kumpulan agama. Dalam fasa 1 ini tidak jelas lagi matlamat untuk mmbentuk nagara Islam. Dalam fasa 2 pada thn 1979 barulah jelas matlamat untuk menubuhkan satu negara Islam Iran. Revolusi fasa-2 pada thn 1979 ini dipimpin oleh Ayatollah Khomeini.

Terdapat banyak perkara menarik dalam proses revolusi 1979 ini, antaranya strategi Ayatollah Khomeini untuk membangkitkan semangat penduduk Iran dengan menggunakan seni muzik. Beliau bersama pengikut-pengikutnya ketika dalam buangan di Perancis telah mencipta banyak lagu2 rohani bagi membangkitkan semangat penduduk Iran untuk menentang Syah Iran, lama sebelum bermulanya Revolusi 1979. Selain itu, revolusi Iran ini tidak sama dgn revolusi dunia lain yang kebiasaannya disebabkan oleh kekalahan pemerintah dalam peperangan, kebangkitan golongan petani ataupun ketidakpuashatian piahk tentera lalu menyebabkan rampasan kuasa, tetapi revolusi Iran membabitkan kebangkitan rakyat yang disebabkan oleh faktor agama. Revolusi ini berjaya membawa perubahan terhadap pemikiran rakyat dalam tempoh yang amat cepat, revolusi ini bejaya mengalahkan kerajaan yang mempunyai angkatan senjata yang besar, malah dibantu oleh pihak barat.Maka pada 1 Februari 1979, terlahirlah satu republik Islam Iran secara rasminya yang dipimpin oleh golongan Ulama, dan di bantu oleh sistem parlimen.

Kita rakyat Malaysia yang mahukan kepada penubuhan negara Islam di negara ini, mestilah ambil pengajaran drpd revolusi tersebut walaupun care revolusi ini tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia(pendapat peribadi).

2 comments:

mhmdzlzm said...

syah Iran?
mat yan!
apsal die femes sgt ni..

Saifullah [SwordOfAllah] said...

hahaha..
senanye, ktrnn raja kt Iran dpggil keturunan syah..
so gabungkan dgn Iran, jd la syah Iran.
tp tu dlu jer la, skang institusi raje Iran dh collapse! M'sia tggu mse jer! hehe~